Datuk Rahim Pilih Kasih ?

Ramai ketua cawangan UMNO di Papar kecewa dengan sikap Datuk Rahim Ismail selaku Ketua Bahagian yang pilih kasih. Dalam pemilihan top 7 ke perhimpunan Agung UMNO kali ini sikap pilih kasih beliau terserlah lagi dengan memilih puak-puak beliau sahaja dan ada di antarany merupakan ketua cawangan yang baru dan ada juga mereka yang dipilih adalah mantan penyokong PKR. Ketua cawangan yang menyokong Datuk Osu khabarnya terus dipinggirkan. Jadi inikah sikap pemimpin UMNO yang beragama Islam ? dan juga inilah pemimpin yang melaung-laungkan 1Malaysia Rakyat didahulukan sedangkan ketua cawangan UMNO yang tidak menyokong, beliau pinggirkan. Sikap beliau ini telah mengundang padah bila khabar bertiup ramai ahli UMNO telahpun mengisi borang keahlian PKR kerana kecewa dengan sikap beliau yang tidak berubah (sewaktu jadi Menteri Pertanianpun beliau hanya berikan perhatian puak-puaknya saja)

Ibu Tunggal dan Warga Tua Kecewa

Penduduk kg. Gusi dari kalangan ibu tunggal dan warga tua amat kecewa dengan sikap pilih kasih pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat yang tidak mengendahkan permohonan mereka untuk mendapatkan bantuan elaun bulanan dan rumah PPRT. Sedangkan kg. Gusi telah diletakan di bawah program PPRT oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah kerana lebih kurang 90 % penduduknya adalah warga nelayan yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan.

DATUK GHULAM PEMBOHONG ?

Ketika menziarahi jenazah mantan JKKK kg. Gusi, Datuk Ghulam ADUN 21 Kawang telah berjanji dihadapan beberapa orang penduduk kampung akan memberikan bantuan untuk memperbaiki rumah yang sudah agak uzur (seperti dalam gambar) secepat mungkin. Malangnya hingga kini janji tinggal janji walaupun berulang kali perkara tersebut dibangkitkan. Bagaimana slogan 1Malaysia Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan boleh tercapai kalau Wakil Rakyat yang juga merupakan Pembantu Menteri seorang PEMBOHONG dan berbohong kepada seorang Balu dan anak-anak Yatim.

Rosnah Wakil Rakyat Pembohong

YB Rosnah ketika merasmikan mesyuarat Koperasi di kg. Gusi pada tahun 2007 bertempat di balai raya telah berjanji akan memberikan bantuan sebanyak RM 5,000.00 tapi menurut penduduk kag. Gusi yang menjadi anggota koperasi bahawa pengerusi mereka telah berulang kali menuntut namun masih tidak lagi di tunaikan hingga kini. Difahamkan banyak lagi tempat beliau telah berbohong dan menyebabkan beliau kini dipulaukan oleh beberapa penduduk kampung dan ketua cawangan UMNO.

RUMAH KETUA PEMUDA CAWANGAN UMNO



Bila rumah ketua cawangan Pemuda UMNO dilanda ribut Datuk Ghulam selaku wakil rakyat hanya bagi 4 keping zink dan Datuk Rosnah langsung tidak berhati perut tidak menjenguk apatah lagi mahu bagi bantuan. Tapi rumah orang lain diterbangkan angin berpuluh keping zink yang dibantu...jadi di mana pengorbanan Ketua Pemuda Cawangan UMNO sebagai ahli parti yang kononnya rakyat adalah RAJA dan wakil rakyat adalah JOMO BIOSO ?

Gurindam 1Malaysia

Satu Malaysia satu slogan,
YAB Presiden UMNO empunya gagasan,
kalau benarlah Rakyat didahulukan,
permohonan ketua cawangan tolonglah luluskan.

Sayang sumpitan batang berangan
sayang keranji di tepi kali
Beginilah nasib Ketua cawangan
Baju Melayu dan songkokpun payah nak beli.

Pantai lukut luas terbentang
kayu buruk banyak terdampar,
Ibarat melukut di tepi gantang
itulah nasib ketua cawangan umno di Papar.

Kain kapas dari Mekah
mari di bawah ke pekan Dumai
lepas pemilihan bhgn masih bermasam muka
tiadakah program untuk berdamai.

Asam Kandis Asam Gelugur,
Enak dimakan dengan berangan,
Wakil Rakyat Menangis di dalam kubur,
teringat janji dengan ketua cawangan.

Setelah roboh kota Melaka,
Putera Jaya Mahathir Dirikan,
Lama sudah kita merdeka,
Ahli UMNO masih tinggal di kwsn setinggan.

Kain batik dari seberang,
dipakai oleh anak Melayu,
apa ertinya kasih dan sayang,
kalau YB berjanji palsu.

Padi huma tanam di rimba,
Mari ditanam bersama lada,
Macam mana hati tak hiba,
Berbalas tahun jadi ketua cawangan UMNO habukpun tak ada.

Tanam buah diwaktu senja,
buah ditanam rapat-rapat
Menteri UMNO umum peruntukan ratusan juta,
Tapi Ketua Cawangan haram tak dapat.

Tempa kapak dengan beliung,
hendak tetak kayu berduri,
pemimpin atasan UMNO di kemuncak payung,
Ketua cawangan merempat tidak dipeduli.

Tengah malam duduk di veranda
merenung bintang seorang diri,
macam mana ahli UMNO mahu berjaya,
sumpah dan janji YB mungkiri.

Daun meranti di tepi paya,
Tumbuh rapat pohon angsana,
Pemimpin atasan UMNO ramai dah kaya raya,
Giliran ketua cawangan bilakah masanya.

Pulau Dinawan pasirnya indah
kilau kemilau laksana emas
Masa pemilihan Bghn kamilah raja
lepas pemilihan smspun tidak berbalas.

Pergi Tampin naik kereta,
Singgah di Pekan minum kelapa.
Pemimpin atasan mati tinggalkan harta,
Ketua cawangan mati tinggalkan apa ?

Baik-baik tanam selasih,
jangan sampai jatuh ke
baik-baiklah menjaga kami
jgn sampai berputih mata.

Ikan patin ikan senohong,
sedap dimakan dengan kedondong
Pemimpin UMNO ramai pembohong,
poket rakyat banyak yang kosong.

Buah rambai buah rambutan
masak sebiji di tengah hutan,
mantan pemimpin pkr dapat jawatan
mantan KP UMNO Bahagain lugai-lugai tiada jawatan.

Wakil Rayat Penipu

Kami penduduk kg telah ditipu oleh wakil rakyat kami :

YB Rosnah dan YB Datuk Ghulam

masa kempen bukan main bagus tapi bila sudah menang langsung tidak pernah datang jenguk kami dan langsung tidak pedulikan kami. Inikah pemimpin 1Malaysia konon Rakyat diutamakan ?

Projek Membazir...SPRM Di mana ?




Antara Projek Membazir Di Kg. Gusi

1. Projek Gobian RM 250k (lepas satu minggu sudah rosak teruk)
2. Bangunan TASKA RM 180k (belum sempat digunakan sudah rosak)
3. Projek Gobian Surau Kg. Gusi RM 30k (cuma beberapa bulan digunakan lepas tu Projek Gobian diluluskan / tiada perancangan dari kerajaan)

Surau Kg. Gusi Perlu Pembaikan Segera


menitis air mata melihat kedaifan surau ni. Pihak AJK sudah memohon dengan pihak ADUN dan JHEAINS
tapi hingga kini masih belum diluluskan.